Sorting by

×

Ab Rauf dahului angkat sumpah Exco Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

AYER KEROH 26 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mendahului Lafaz kurnia Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam, hari ini.

Beliau melafazkan sumpah itu sebaik dilantik sebagai Jawatankuasa Negeri Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan disaksikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh.

Ia disusuli, ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis yang dilantik sebagai Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan dan ADUN Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman sebagai Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir.

Seterusnya diikuti ADUN Serkam, Datuk Zaidi Attan yang turut melafazkan sumpahnya dalam istiadat itu setelah dilantik sebagai Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar.

Selepas itu, ADUN Telok Mas Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Industri Asas Tani; ADUN Gadek V P Shanmugam (Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)) dan ADUN Pengkalan Batu Datuk Kalsom Noordin ( Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan).

Turut mengangkat sumpah, ADUN Merlimau Dr Muhamad Akmal Saleh ( Exco Kesihatan dan Antidadah), ADUN Paya Rumput Datuk Rais Yasin (Exco Pendidikan dan Teknologi) dan diakhiri ADUN Machap Jaya Ngwe Hee Sem (Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna).

Kesemua Exco itu dipilih hasil gabungan keseimbangan dan kepelbagaian kerajaan Barisan Nasional (BN) yang merangkumi UMNO, MIC dan MCA.

Pada 20 Nov lalu, BN memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan majoriti tiga perempat selepas menang 21 daripada 28 kerusi DUN Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

615
Kongsi :
Previous post Istiadat lantikan Exco Kerajaan Negeri dimulakan
Next post Bebanan penyokong faktor MFL kekal harga tiket perlawanan akhir
Ubah saiz-+=