47 peniaga di Bazar Ramadan Rahmah di Melaka sedia makanan harga murah
MASJID TANAH 9April – Seramai 47 peniaga daripada tiga lokasi Bazar Ramadan Rahmah (BRR) menyambut inisiatif kerajaan secara sukarela bagi menyediakan menu kadar harga rendah.
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, BRR mampu mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan penyediaan pilihan hidangan berbuka puasa pada harga murah dan berpatutan.
Katanya, penglibatan peniaga dengan berkonsepkan secara sukarela ini adalah melalui penyediaan makanan atau juadah berbuka puasa yang ditawarkan di Bazar Ramadan dengan kadar harga RM5 dan ke bawah.
“Lokasi BRR dipilih berdasarkan kepada tumpuan rakyat berbelanja dan lokaliti aktiviti ekonomi. Terdapat tiga lokasi BRR di iaitu di Pekan Masjid Tanah, Taman Seri Cempaka dan Bandar Baru Merlimau.
“Sejumlah 47 orang peniaga yang telah secara sukarela mendaftar dan menawarkan Menu Rahmah sempena pelaksanaan BRR ini.
“BRR Pekan Masjid Tanah merekodkan seramai 15Â peniaga di sini menawarkan Menu Rahmah diikuti di Bandar Baru Merlimau dan di Taman Seri Cempaka dengam masing-masing seramai 16 peniaga menyertai program ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pelancaran Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Negeri Melaka di Pasar Ramadan Masjid Tanah, di sini hari ini.
Hadir sama, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Allex Seah Shoo Chin bersama Timbalannya, Tuminah Kadi serta tetamu lain.
Pada masa sama, beliau berkata, menerusi
pelancaran bazar menerusi inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama bersama Unit Kerajaan Tempatan (UKT), Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini turut memperluaskan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI).
Jelasnya, ReDI yang diperkenalkan bagi menggalakkan transaksi digital tanpa tunai itu turut mengedarkan 6,000 baucar e-wallet untuk dinikmati seluruh rakyat di Melaka.
“Melalui agihan baucar e-wallet di setiap BRR telah mengagihkan baucar bernilai RM20 seorang dengan had edaran pada setiap hari sebanyak 1,000 baucar e-wallet.
“Baucar e-wallet bakal diedarkan akan dinikmati oleh rakyat Melaka menerusi platform Touch N’ Go dan Maybank terlibat sebagai rakan strategik bagi edaran dan penebusan baucar e-wallet ini.
“Sesi edaran baucar e-wallet ini bermula pada 31 Mac dan 1 April serta hari ini di BRR Pekan Masjid Tanah manakala edaran di BRR Taman Seri Cempaka pada 7 dan 8 April lalu diikuti BRR Bandar Baru Merllimau pada 12 dan 13 April depan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.