
5,000 dijangka meriahkan Masjid Tanah Berselawat
AYER LIMAU 24 Oktober – Lebih 5,000 umat Islam dijangka berkumpul bagi bersama-sama memeriahkan Program Masjid Tanah Berselawat Malam Cinta Rasul di Dataran Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, di sini, pada 28 Oktober ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, program dijadualkan bermula jam 6.30 petang itu akan diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, barisan Exco, Timbalan Exco, ketua-ketua jabatan serta agensi Kerajaan Negeri Melaka.
Menurutnya, program ilmu itu membabitkan solat berjemaah, bacaan maulid qasidah, ceramah dan selawat puji-pujian kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
“Program diadakan seawal 6.30 petang hingga 10.30 malam turut diserikan dengan sesi ceramah disampaikan oleh pendakwah bebas, Ustaz Shamsul Debat.
“Semua umat islam dijemput hadir memeriahkan sambutan itu bagi bersama-sama merafakkan kesyukuran terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
“Kita menasihatkan umat Islam yang hadir untuk membawa sejadah dan tikar bagi menjamin keselesaan masing-masing,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...