Op Pasar Borong, MPHTJ keluar enam kompaun

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 24 Oktober – Enam kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dalam operasi Op Pasar Borong di Pasar Borong Batu Berendam, pada Sabtu lalu.

Yang Dipertua MPHTJ Datin Sapiah Haron berkata, operasi bermula jam 3 pagi itu bukan sahaja membabitkan penguatkuasaan undang-udang dibawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebaliknya agensi lain.

Sapiah berkata, operasi membabitkan pegawai Jabatan Perlesenan MPHTJ, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Melaka dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

“Hasil pemeriksaan dijalankan sebanyak enam kompaun dikeluarkan, lima daripadanya mengikut Undang-undang Kecil (UUK) 37 Pasar-pasar MPHTJ 2012 membabitkan kenderaan motosikal.

“Manakala satu lagi kompaun membabitkan kesalahan lesen tamat tempoh. Kesemua kompaun ini bernilai RM250 setiap satu dan ianya perlu dijelaskan bagi mengelakkan sebarang tindakan susulan,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan dijalankan JIM terhadap pekerja warga asing pula mendapati kesemua mereka mempunyai dokumen pengenalan diri dan dokumen sah.

“Tiada sebarang tangkapan dibuat membabitkan pekerja warga asing kerana daripada pemeriksaan dilakukan mereka mempunyai dokumen pengenalan diri serta permit yang sah.

“Kita memandang serius hal membabitkan warga asing ini kerana tidak mahu ada yang cuba mengambil kesempatan atau bekerja secara tidak sah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1884
Kongsi :
Previous post MAIM perluas agihan wang fidyah ke sekolah
Next post Teknik nuklear pulihara artifak
Ubah saiz-+=