Sorting by

×

Warna bahan pencuci, bukan tumpahan bahan kimia

Masa Membaca:41 Saat

BUKIT KATIL 23 Oktober – Sisa tumpahan yang didakwa mengakibatkan pencemaran parit di Jalan Haji Said, Kampung Bukit Bayan, Bukit Katil awal bulan lalu tidak mengandungi bahan kimia.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Rosli Mustafa berkata, hasil analisis kimia tidak menemukan sebarang bahan kimia dalam air parit berkenaan.

Sebaliknya, katanya air parit berkenaan bertukar warna kepada kebiruan akibat daripada warna bahan pencuci.

“Bahan pencuci tidak dikategorikan sebagai Buangan Terjadual di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

“Setakat ini, tiada tindakan diambil berhubung kejadian itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan penduduk kampung di kawasan itu gempar apabila air parit yang jernih bertukar kebiruan, berbuih pekat dan berbau busuk selain mengakibatkan banyak ikan mati.

Gambar tumpahan itu turut tular di laman sosial.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4154
Kongsi :
Previous post Institut Dondang Sayang dijangka beroperasi 2024
Next post Melaka tubuh sekretariat WTD2025
Ubah saiz-+=