Sorting by

×

Kod Teknik MTSFB garis panduan bangunkan perkhidmatan komunikasi dan digital

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

DURIAN TUNGGAL 23 Oktober – Kod Teknik dibangunkan Malaysian Technical Standards Forum Bhd (MTSFB) boleh digunakan Kerajaan Negeri sebagai garis panduan dalam membangunkan perkhidmatan komunikasi dan digital di Melaka.

Ketua Pegawai Eksekutif MTSFB, Nor Marinee Mohd Nor berkata, Kerajaan Negeri boleh bekerjasama dengan MTSFB dalam menghasilkan Kod Teknik baharu sejajar dengan pelan pembangunan sedia ada.

Katanya, Kod Teknik dibangunkan MTSFB turut dijadikan garis panduan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam membangunkan perkhidmatan infrastruktur telekomunikasi negeri tersebut.

“Kod Teknik dibangunkan berkaitan ‘infrastructures services’, terdapat Kod Teknik yang telah dibangunkan dan boleh digunapakai untuk dijadikan rujukan oleh Kerajaan Negeri.

“Apabila kita bangunkan garis panduan yang baharu, tidak perlu bermula dari kosong, kerana ada garis panduan sedia ada dan boleh digunapakai untuk penghasilan yang baharu.

“Sekiranya ada ‘gap’ (lompong) dalam menghasilkan garis panduan baharu yang sejajar dengan pelan pembangunan negeri, kita (MTSFB) boleh bekerjasama untuk hasilkan Kod Teknik yang baharu,” katanya.

photo_2023-10-23_15-20-59
Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysian Technical Standards Forum Bhd (MTSFB), Normarinee Mohd Nor ditemui sempena Majlis Perasmian Program Kesedaran Kod Teknik di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal. Foto Iqmal Haqim Rosman

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas Program Kesedaran Kod Teknik yang dirasmikan oleh Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan di Kampus Induk, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE-UTeM Melaka, Prof. Madya Ir. Dr. Md Nazri Othman.

Mengulas lanjut, Nor Marinee berkata pihaknya menyasarkan untuk mengembangkan penggunaan Kod Teknik untuk dijadikan garis panduan pembangunan teknologi telekomunikasi digital di negeri-negeri lain.

“Selepas Pulau Pinang, kita sasarkan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Melaka seterusnya Sarawak bagi membantu membangunkan perkhidmatan infrastruktur telekomunikasi digital,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

862
Kongsi :
Previous post Konflik Palestin-Israel: Pasukan MALBATT 850-10 di Lubnan selamat – Panglima ATM
Next post Tujuh empangan termasuk Melaka berisiko datangkan masalah sumber air kepada LRA – SPAN
Ubah saiz-+=