Sorting by

×

Ladang sawit terbakar, bomba giat padam kebakaran

Masa Membaca:42 Saat

MERLIMAU 23 Oktober – Operasi pemadaman kebakaran ladang kelapa sawit seluas 5.2 hektar di Lembah Merlimau, di sini, yang terbakar petang semalam masih diteruskan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran ladang terbabit kira-kira jam 4.06 petang semalam, sebelum dua buah jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan BBP Jasin ke lokasi kejadian.

“Pihak kami dimaklumkan ladang kelapa sawit itu berkeluasan 20.2 hektar namun kebakaran membabitkan keluasan 5.2 hektar.

“Operasi pemadaman kini masih berjalan dengan menggunakan satu aliran ia bagi memastikan sisa kebakaran dapat dipadam sepenuhnya.

“Sehingga kini kebakaran sudah berjaya dipadam kira-kira 90 peratus daripada kawasan yang dikesan terbakar,” katanya.

Menurutnya, punca kebakaran belum dapat dipastikan dan siasatan lanjut akan dijalankan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1425
Kongsi :
Previous post Tiga projek MBMB raih anugerah di MTE2023
Next post MTSFB jaga standard pembangunan telekomunikasi digital Melaka
Ubah saiz-+=