Sorting by

×

PTD terima beret merun dan sayap penerjunan kanan

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

SUNGAI UDANG 23 Oktober – Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan dianugerahkan beret merun dan sayap penerjunan kanan 10 Briged (Para), Sabtu lalu.

Acara pemakaian beret merun dan sayap kanan itu disempurnakan oleh Panglima 10 Briged (Para), Mejar Jeneral Datuk Khairul Azmizal Ahmad Natal di Dataran Parawood, 8 Rejimen Renjer Diraja (RRD), Kem Terendak.

Pengiktirafan tertinggi yang diterima Muhammad Hafizuddeain itu menjadikan beliau penerima ke-69 selepas Panglima Angkatan Tentera yang menerima penghormatan sama 17 April lalu.

Hadir sama pada majlis penganugerahkan itu Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan Ketua Staf Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Zaidan Atan.

WhatsApp Image 2023-10-21 at 21.13.27_b017b87b
ANTARA pertunjukan demostrasi dipertontonkan pada majlis penganugerahan itu. Foto Tentera Darat Malaysia

Terdahulu, majlis penganugerahan itu bermula demonstrasi dinamik 10 Briged Para melibatkan 40 pegawai dan 1100 anggota yang melaksanakan pertunjukan penerjunan bebas, tempur tanpa senjata, renang tempur, tactical combat casualty care, demonstrasi menara serba guna dan serangan seksyen.

Antara pertunjukan yang menarik perhatian tetamu termasuk penerjunan bebas menggunakan ‘military tactical glider’ dari aras lima ribu kaki menggunakan pesawat EC 725 dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta Latihan Tempur Tanpa Senjata (TTS) oleh pasukan 361 Bateri Rejimen Artileri Diraja (RAD) Para.

Turut dipertontonkan, pertunjukan helikopter Agusta A-109 dan tembakan memusnah sasaran oleh MD 530 sebagai Close Combat Attack (CCA); bantuan tembakan pelindungan udara aras rendah iaitu Missile Anza MK-II dan tembakan artileri dan fast roping melibatkan lapan anggota serta persembahan tarian perang 10 Briged (Para).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1175
Kongsi :
Previous post Potensi pulau di Melaka diiktiraf geopark menjelang 2026
Next post Tiga projek MBMB raih anugerah di MTE2023
Ubah saiz-+=