Sorting by

×

Tiada perancangan tambah Komuniti Madani – JaPeN

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

DUYONG 22 Oktober – Jabatan Penerangan (JaPeN) Negeri Melaka tidak merancang untuk menambah jumlah Komuniti Madani di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam masa terdekat.

Pengarah JaPeN Melaka, Shahrom Ravin Daram Abdullah berkata, setakat ini secara keseluruhan terdapat 84 Komuniti Madani di setiap DUN.

Katanya, setiap DUN mempunyai tiga Komuniti Madani yang akan terus diperkasakan dan dinilai keberkesanannya.

“Setakat ini tiga dahulu, kita mahu lihat keberkesanan Komuniti Madani yang sedia ada dahulu.

“Jika memberangsangkan, kita akan bawa ke mesyuarat dan meminta persetujuan di peringkat kementerian untuk menambah Komuniti Madani. Sebelum ini hanya seorang sahaja dilantik, sekarang sudah tiga, jadi kita lihat dulu berkesan atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program Kita Madani Peringkat Negeri Melaka 2023 yang dirasmikan oleh Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Taman Seri Duyong 2, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Shahrom Ravin berkata Komuniti Madani yang dilantik merupakan duta kecil yang akan menjadi pengantara yang akan menyampaikan maklumat kerajaan kepada masyarakat.

“Kita mengharapkan akan menerima peruntukan untuk disalurkan kepada seluruh Komuniti Madani di negeri ini namun prosesnya perlu melalui pelbagai kementerian.

“Komuniti Madani ini juga, kita akan beri kepercayaan untuk melaksanakan program-program berskala kecil yang memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

871
Kongsi :
Previous post PEDi luaskan jaringan pasaran 150 usahawan
Next post Pengurus besar GLC rugi lebih RM106,000 angkara ‘phone scam’
Ubah saiz-+=