
MPHTJ aktif bersihkan kawasan pentadbiran
AYER KEROH 20 Oktober – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) agresif melaksanakan Program Budayakan Kebersihan-Kita Mula Dulu VI (ke-6) di Jalan Ayer Keroh Lama, semalam.
Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron berkata, MPHTJ merupakan pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama yang melaksanakan program berkenaan sejak Mei 2023 yang lalu.
“Kita mulakan program ini di Tehel pada Mei lalu, objektif utamanya adalah membudayakan kebersihan kawasan pentadbiran yang dijaga setiap PBT masing-masing.
“Setiap kali kerja pembersihan dilaksanakan ianya membabitkan kawasan sejauh satu kilometer dengan bantuan kira-kira 20 kakitangan.
“Jumlah sampah yang dikutip bergantung kepada lokasi berkenaan, biasanya kita akan bawa satu Tong Sampah Kompaktor (RORO) pada setiap kali program diadakan,” katanya kepada Melaka Hari Ini, di sini hari ini.
Untuk rekod, program itu telah dilaksanakan di Jalan Istana, Jalan Tasik Ayer Keroh, Durian Tunggal, Taman Ayer Keroh Height dan Jalan Ayer Keroh lama.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...