Sorting by

×

Pertandingan Tradisi Sari Queen tarikan Pesta Deepavali 2023

Masa Membaca:57 Saat

BANDA HILIR 18 Oktober – Pertandingan Tradisi Sari Queen dan Acara Membuat Kolam antara tarikan buat pengunjung singgah ke penganjuran jualan bazar dan Pesta Deepavali dijadualkan berlangsung dari 27 Oktober hingga 11 November depan.

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam berkata, pelbagai aktiviti lain turut disusun sepanjang 15 hari penganjuran pesta tersebut seperti persembahan kebudayaan, pertandingan eSport dan konsert.

Shanmugam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Program Masyarakat India berkata, turut dianjurkan adalah program Jom Buat Muruku dan pelbagai lagi aktiviti menarik buat pengunjung.

“Pada penganjuran tahun ini, kita menerima peningkatan 10 peratus peniaga bazar. Jika tahun lalu kurang 40 tapi pada 2023 ini jumlah itu akan lebih.

“Setakat ini kita sudah ada 40 peniaga dan masih menerima jika ada yang ingin turut serta. Seperti tahun lalu, pengunjung boleh mendapatkan semua kelengkapan seperti pakaian, sari dan keperluan lain di bazar ini pada harga diskaun yang berbaloi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Bazar Deepavali 2023 di sebuah restoran, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Shanmugam berkata lebih 10,000 pengunjung disasarkan hadir ke penganjuran program ini yang membabitkan sepanjang Jalan Bendahara.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3804
Kongsi :
Previous post RM125,000 lesap ditipu Nor Azman
Next post APM, NCSM gabung kepakaran laksana aktiviti sukarelawan
Ubah saiz-+=