
Belanjawan 2021: Pengecualian duti setem bagi pembelian rumah pertama
KUALA LUMPUR 6 Nov. – Kerajaan memberikan pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman pertama bernilai sehingga RM500,000 bagi menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat.
Berucap pada pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen hari ini, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pengecualian tersebut adalah untuk perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari, 2021 sehingga 31 Disember, 2025.
Selain itu, katanya kerajaan juga melaksana inisiatif bagi pengecualian duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik diberikan kepada kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah terbengkalai dilanjutkan bagi tempoh lima tahun lagi.
“Pengecualian ini adalah untuk perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari, 2021 sehingga 31 Disember, 2025 bagi projek perumahan terbengkalai yang disahkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan” katanya.
–BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
POLIS MOHON BANTUAN KESAN LELAKI HILANG SEJAK 5 APRIL
KUALA LUMPUR 7 April - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki berusia 44 tahun yang dilaporkan hilang...
WANITA WARGA EMAS RENTUNG, 16 RUMAH SETINGGAN MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI BINTULU
BINTULU 7 April - Seorang wanita warga emas maut dalam kebakaran yang memusnahkan 16 rumah setinggan di tepi Sungai Plan,...
LELAKI DITAHAN, BANTU SIASATAN KES PUKUL JIRAN WARGA EMAS
AYER KEROH 7 April - Polis menahan seorang lelaki selepas didakwa bertindak memukul seorang warga emas yang juga jirannya dalam...
MBMB ANTARA 20 BANDAR PALING BAHAGIA 2025
BANDA HILIR 7 April - Sebanyak 200 belon diagihkan kepada orang ramai di perkarangan Jam Besar Banda Hilir sebagai simbolik...
PEMANDU LORI MAUT DIHEMPAP LORI TANAH 10 TAN DI ANTARA GAPI
KUALA LUMPUR 7 April - Seorang pemandu lori maut selepas dihempap lori 10 tan dalam kejadian di sebuah kawasan pembinaan...
346 KEMALANGAN DIREKODKAN SEPANJANG OP SELAMAT 24
AYER KEROH 7 April - Tiga kemalangan maut direkodkan sepanjang tempoh enam hari pelaksanaan Op Selamat 24 sempena Hari Raya...