Sorting by

×

Lebih 260 spesies biodiversiti marin di Taman Laut Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

PENGKALAN BATU 17 Oktober – Lebih 260 kepelbagaian spesies biodiversiti marin dikenal pasti terdapat di perairan pulau Taman Laut Melaka.

Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Nawar Abd Karim berkata pihaknya mengenal pasti spesis biodiversiti marin yang terlibat membabitkan spesies ikan batu karang, terumbu karang, spesies invertebrata dan rumpai laut di sekitar perairan Pulau Undan, Dodol dan Nangka.

Katanya, keindahan terumbu karang di perairan Taman Laut Melaka itu tidak kurang hebatnya dengan terumbu karang di perairan pantai timur Sabah.

“Sejak diwartakan sebagai Taman Laut Melaka pada 3 April lalu,Pulau Undan, Nangka dan Dodol telah dibuka pengoperasian pada 1 Mei lalu kepada orang ramai untuk meneroka keindahan terumbu karang yang terdapat di sini.

“Berdasarkan kajian kita, Taman Laut Melaka ini mempunyai  67 spesies ikan batu karang; 84 spesies batu karang keras, spesies karang lembut (17); invertebrata (38) dan rumpai laut (54) di dasar perairan ketiga-tiga pulau terbabit.

“Jabatan Perikanan negeri akan bekerjasama dengan Majlis Pulau-Pulau Melaka (MPPM) bersama-sama mempromosi Taman Laut Melaka seiring dapat memelihara hidupan marin,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Nawar berkata perairan Taman Laut Melaka memiliki terumbu karang indah yang jarang ditemui di perairan lain.

“Antara spesies terumbu karang yang cantik yang boleh ditemui di Taman Laut Melaka seperti Acropora SP, Porites SP, Symphyllia SP, Goniopora SP dan Sea Fan.

“Manakala spesis ikan terumbu karang yang sering ditemui di sini (Taman Laut Melaka) adalah seperti clownfish, sergeant major fish, batfish dan butterfly fish serta pelbagai lagi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1799
Kongsi :
Previous post Taman Laut Melaka penyumbang stok perikanan negara
Next post Kastam rampas barang seludup termasuk rokok, bernilai RM10.3 juta
Ubah saiz-+=