Sorting by

×

Sungai Melaka kayu pengukur kebersihan bandar – KM

Masa Membaca:1 Minit, 42 Saat

KOTA LAKSAMANA 15 Oktober – Jumlah kutipan sampah di Sungai Melaka dijadikan sebagai kayu pengukur atau indikator kepada tahap kebersihan keseluruhan bandar Melaka dan kesedaran sivik  rakyat dalam persediaan menghadapi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, jumlah sampah yang dikutip di sungai berkenaan akan dinilai supaya pelbagai perancangan dapat dilaksanakan bagi mempertingkatkan tahap kebersihan di negeri ini.

“Indikator yang saya akan tengok dalam gotong-royong ini ialah berapa jumlah sampah yang dapat kita kutip di Sungai Melaka.

“Kalau indikatornya rendah, maksudnya Sungai Melaka akan terus dipelihara untuk menyokong Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), tetapi kalau indikatornya tinggi, maka taraf kesedaran dan kebersihan negeri ini akan kita pertingkatkan,” katanya.

“Kalau banyak sampah dapat dikutip, maka kesedaran sivik rakyat Melaka perlu dipertingkatkan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Gotong-royong Perdana Sungai Melaka Fasa ll di Taman Rempah di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin.

Turut hadir Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin dan barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

IMG_1763
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mencuba jentera baharu bagi tujuan kebersihan pada Majlis Perasmian Program Gotong-Royong Sungai Melaka Fasa II di Dataran Pengkalan Rama, Melaka. Foto: MR. AZLI

Dalam perkembangan sama, Ab Rauf turut menggesa rakyat lebih bertanggungjawab untuk mempertingkatkan kesedaran sivik bagi memastikan kebersihan Melaka terpelihara.

Katanya, negeri ini pernah diiktiraf negeri dan kota terbersih pada suatu ketika dahulu dan Kerajaan Negeri giat menjalankan usaha untuk mengembalikan pengiktirafan itu.

“Pelbagai usaha akan dilakukan termasuklah mengadakan acara gotong-rotong sebegini dan ia akan diperluas ke daerah dan lokasi pelancongan lain secara berfasa

“Jangan gunakan sungai sebagai tong sampah atau pembuangan sisa pepejal, saya menyeru seluruh rakyat Melaka supaya ada kesedaran sivik yang lebih tinggi,” katanya.

Views:

1177
Kongsi :
Previous post JKKN Melaka cadang ‘berkebaya’ pada setiap acara rasmi
Next post Pavilion Dataran Pahlawan promosi produk tempatan
Ubah saiz-+=