Sorting by

×

Lembu siapa merayau di Lebuh AMJ?

Masa Membaca:48 Saat

MERLIMAU 14 Oktober – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta dipandu merempuh lembu yang secara tiba-tiba melintas jalan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Batu Gajah, Merlimau, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu, lelaki berusia 45 tahun yang memandu kereta jenis Toyota Innova bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan yang datang dari arah muar sedang menghala ke Bandaraya Melaka.

Katanya, ketika melalui jalan berkenaan yang gelap, tiba-tiba datang sekumpulan lembu melintas di sebelah kiri jalan.

“Disebabkan keadaan jalan yang gelap dan jarak terlalu dekat, dia tidak sempat mengelak lalu melanggar salah seekor lembu tersebut.

“Akibat pelanggaran, kereta yang dipandunya remuk di bahagian hadapan, namun dia tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Ahmad Jamil berkata, kes diklasifikasikan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule10 LN 166/59).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1736
Kongsi :
Previous post Belanjawan 2024: Melaka sambut baik peruntukan fokus perubahan iklim
Next post Sukan Melaka erat hubungan kerajaan, masyarakat
Ubah saiz-+=