Hari Bertemu Rakyat DUN Kota Laksamana 28 Oktober depan
AYER KEROH 13 Oktober – Program Hari Bertemu Rakyat Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana akan diadakan paa 28 Oktober depan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun Kota Laksamana) Low Chee Leong berkata, program itu dijadualkan berlangsung di Taman Anika yang membabitkan penyertaan 15 agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Chee Leong berharap, penganjuran program itu mampu mendekatkan lagi rakyat dengan pentadbiran Kerajaan Negeri dalam mencari penyelesaian bagi permasalahan yang timbul di DUN Kota Laksamana.
“Menerusi kaedah turun padang ini saya berharap kita dapat membantu menyelesaikan permasalahan rakyat dengan lebih cepat dan lancar lagi.
“Penduduk sekitar DUN Kota Laksamana dijemput hadir bagi bersama-sama memeriahkan program. Saya jangka lebih 1,000 penduduk akan hadir pada 28 Oktober nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas merasmikan Program Digital AgTech @Melaka by MDEC di Auditorium Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.
Katanya, orang ramai juga diminta agar tidak melepaskan peluang mendapatkan pelbagai barangan keperluan menerusi Jualan Agro Madani yang turut berlangsung di lokasi dan tarikh sama.
“Jualan Agro Madani juga akan diadakan pada hari sama dengan menawarkan pelbagai barangan pada harga berpatutan kepada rakyat,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.