500 pelajar menelusuri keindahan Bandar Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

BANDA HILIR 9 Oktober – Seramai 500 pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dari dalam dan luar Melaka menyertai Melaka Heritage Fun Walk 1.0 menerusi Program Santai @ Banda Hilir, baru-baru ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman berkata, aktiviti itu bermula di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan dan seterusnya menelusuri kawasan bersejarah Banda Hilir sejauh dua kilometer.

“Aktiviti ini adalah permintaan pelajar-pelajar politeknik dan kolej komuniti dari Melaka dan Negeri Sembilan. Mereka mahu melihat keindahan bandar Melaka pada waktu malam di sepanjang laluan Zon Bebas Kenderaan (ZBK).

“Ini juga salah satu usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan kesihatan rakyat di negeri ini sentiasa terjamin sekali gus memulihara sejarah dan warisan yang ada di Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti , Kementerian Pendidikan Tinggi, Dr. Mohd Zahari Ismail.

WhatsApp Image 2023-10-09 at 11.13.57_9372854d
ANTARA pelajar IPT yang menyertai Melaka Heritage Fun Walk 1.0 tersebut.

Program anjuran MBMB menerusi Kelab Sukan dan Kebajikan MBMB ( KESUMA) ini turut mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Katanya, pelbagai acara sampingan Santai@Banda Hilir diadakan di sepanjang laluan ZBK bagi memeriahkan suasana bandar raya Melaka pada waktu malam.

“Antaranya persembahan buskers, persembahan kebudayaan Badan Kesenian dan Kebudayaan (BKK) MBMB di hadapan Medan Samudera serta persembahan violin.

“Manakala, antara IPT terlibat adalah pelajar dari politeknik dan kolej komuniti, Institute of Engineer Malaysia, Technological Association Malaysia dan Pelajar Melayu Semenanjung ( GPMS ) Ayer Keroh,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1454
Kongsi :
Previous post Jerebu: Lapan kawasan catat IPU tidak sihat, Cheras tertinggi
Next post Pemilik bas dipandu mengundur beri keterangan esok
Ubah saiz-+=