Sorting by

×

Sebak diri hilang upaya, punca pendapatan

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

GADEK 7 Oktober – Terharu dan sebak pada ketika diuji hilang keupayaan untuk mencari sumber rezeki akibat kemalangan jalan raya Mac tahun lalu, Mohamad Nasir Ahmad menerima    Faedah Hilang Upaya Kekal daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Mohamad Nasir, 62, berkata sebelum terbabit kemalangan itu dia mengalami strok ringan namun masih mampu melakukan rutin harian termasuk turun ke laut seperti biasa.

Bagaimanapun, kudratnya semakin terhad dan tidak mampu lagi turun ke laut selepas terbabit kemalangan di Bukit Beringin apabila motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah lori ketika dalam perjalanan mengambil anak bongsunya pulang dari sekolah.

“Akibat kemalangan itu pakcik mengalami patah tangan kanan, tulang rusuk dan kaki kanan sampai susah hendak bergerak aktif seperti dulu dan kalau turun ke laut pun perlu ada orang bantu, itupun pakcik cuma kendalikan enjin bot sahaja.

“Pakcik sedih sangat ketika menerima faedah itu menegenangkan keadaan diri sudah tidak mampu, pendapatan pun hilang, satu sen pun tidak ada, Alhamdulillah masih ada rezeki,” kata bapa kepada lima cahaya mata itu.

IMG_1655Dia berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menerima Faedah Hilang Upaya Kekal berjumlah RM3382.41.

Faedah berkenaan disampaikan oleh Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar pada program Jelajah Madani Bersama  Menteri Sumber Manusia di Negeri Melaka di sini.

Mohamad Nasir yang tinggal di Kuala Sungai Baru antara tujuh penerima yang menerima faedah pelbagai kategori daripada Perkeso.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1231
Kongsi :
Previous post 12,340 pencari kerja 40 tahun ke atas sudah kembali bekerja
Next post SDSI akan diberikan suntikan baharu, promosi produk usahawan
Ubah saiz-+=