Sorting by

×

Projek pembangunan Air Panas Gadek dijangka siap November

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

GADEK 7 Oktober – Wajah dan suasana baharu Kompleks Air Panas Gadek, dijangka menjadi antara produk mampu menarik kunjungan lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa sepanjang kempen Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Projek berkonsepkan ‘Wellness & SPA Resort’ kini sedang pada fasa akhir pembangunan dan dijangka sedia untuk dibuka kepada pelancong selewat-lewatnya Disember ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek VP Shanmugam berkata, projek berkenaan sepatutnya siap Ogos lalu dan beliau memandang serius berhubung kelewatan yang berlaku.

“Kemajuan projek ketika ini adalah antara 80 hingga 85 peratus, jadi kita jangka penghujung November akan siap sepenuhnya.

“Perbincangan bersama Perbadanan Melaka (MCorp) juga sudah diadakan, kita minta projek Kompleks Air Panas Gadek disiapkan tahun ini juga. Saya juga akan berjumpa kontraktor bagi mendapatkan penjelasan dan maklumat mengenai perkembangan semasa projek,” katanya.

Beliau yang juga Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, amat berharap Kompleks Air Panas Gadek yang menjadi antara produk pelancongan tumpuan sebelum ini dapat disiapkan segera, sekali gus menerima pelancong pada TMM2024 nanti.

Shanmugam berkata, apabila siap kelak Kompleks Air Panas Gadek bukan sahaja merancakkan lagi sektor pelancongan malah akan meningkatkan ekonomi penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek.

photo_2023-03-20_16-01-41
GAMBAR fail/ hiasan. Tapak Projek Pembinaan Kompleks Air Panas Gadek, Alor Gajah yang diambil pada Mac lalu. Foto: MR. AZLI

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3837
Kongsi :
Previous post Melaka tawar pakej pelancongan mampu milik
Next post MATTA Melaka sasar jual 20,000 pakej pelancongan bernilai RM15 juta
Ubah saiz-+=