
Melaka anjur Karnival Kerjaya awal 2021
AYER KEROH 6 Nov. – Kerajaan Negeri Melaka bakal menganjurkan Karnival Kerjaya awal tahun depan bagi membantu belia negeri ini mendapatkan pekerjaan.
Pengerusi Jawatankuasa NGO, Pembangunan Belia dan Sukan negeri Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, karnival tersebut bakal dianjurkan Institut Tun Perak (ITP) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Melaka khusus bagi membantu mereka yang hilang pekerjaan sepanjang tempoh penularan pandemik COVID-19.
“Kita yakin melalui karnival kerjaya ini ia akan memberi peluang atau usaha yang cukup positif untuk memastikan belia di Melaka tidak menganggur dan mendapat pekerjaan.
“Buat masa ini, kita difahamkan ia akan diadakan pada awal 2021, namun tarikh sebenar akan diumumkan kerana buat masa ini UPEN dan ITP sedang menyediakan kertas kerja,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Post-Exco NGO, Pembangunan Belia dan Sukan di Bangunan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka, semalam.
Hadir sama, Pengarah JBS Melaka Noorman Ramlan.
Mengulas lanjut, Mohd Rafiq berkata pihaknya yakin penganjuran karnival kerjaya itu bakal membuka banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang yang bukan sahaja membantu golongan belia mendapatkan kerja dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara ke arah lebih baik
Views:
Related


Berita Lain
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...