Sorting by

×

MBMB naik taraf tandas dan bina surau Taman Bunga Merdeka

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 5 Oktober – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) peruntuk sebanyak RM1,159,224.35 bagi membina surau dan naiktaraf tandas awam di Taman Bunga Merdeka.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata pembinaan surau dan naik taraf tandas awam tersebut berkonsepkan ‘hijau’ dan terbuka bagi pengudaraan yang baik serta mesra Orang Kelainan Upaya (OKU).

Katanya, naik taraf tandas awam terbabit melibatkan tambahan kubikel tandas daripada empat unit kepada lapan unit serta penambahan pembinaan bilik bayi.

“Tandas awam serta Surau Taman Bunga Merdeka telah dinaiktaraf bagi keselesaan pengunjung yang bersiar-siar di sekitar kawasan tersebut.

“Ciri-ciri rekabentuk moden dan terkini diambil kira bagi disesuaikan dengan zaman yang serba canggih ini.

“Peruntukan tersebut turut melibatkan pembinaan sinki dengan auto sensor, pemasangan pengering tangan, penambahan bumbung surau dan penggunaan auto bidet bagi menjadikan tanda sentiasa berada dalam keadaan kering,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shadan berkata pembinaan surau dan naik taraf tandas tersebut untuk keselesaan pengguna dan pengunjung ke kawasan berhampiran.

“Semoga kemudahan awam ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh semua lapisan masyarakat samada pelancong tempatan mahupun luar negeri.

“Jagalah kebersihan tandas dan surau kerana kebersihan sebahagian daripada iman,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1276
Kongsi :
Previous post Wanita pandu BMW dakwa panik akibat salah jalan
Next post Jerebu: Bukit Rambai paling terjejas setakat 9 pagi