Jerebu: Golongan berisiko dinasihat peka amaran, keadaan semasa
Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata negara kini berdepan dengan perubahan cuaca yang dinamik susulan peralihan monsun yang mengakibatkan cuaca panas dan kering serta jerebu yang membawa Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di beberapa negeri.
“Saya telah mengarahkan agar semua pihak yang terlibat dalam pengurusan bencana untuk sentiasa bersiap-siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh menjejaskan kehidupan rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa merujuk maklumat terkini dan sahih melalui laman sesawang Jabatan Alam Sekitar di pautan https://apims.doe.gov.my/home.html dan Jabatan Meteorologi Malaysia di www.met.gov.my, media sosialnya serta memuat turun aplikasi myCuaca.
“Semoga kita semua sentiasa dilindungi dari sebarang musibah yang boleh membawa kepada masalah kesihatan, harta benda dan mengancam nyawa,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.