
Suspek tikam mati isteri direman tujuh hari
KANGAR, 1 Oktober – Seorang pesara tentera yang dipercayai menikam mati isterinya dengan sebilah pisau di kediaman pasangan itu di Jalan Padang Nyu, Arau, semalam, direman tujuh hari bermula hari ini.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Kangar Siti Nor Hasliza Md Ali bagi membantu siasatan kes itu.
Terdahulu, suspek berusia 38 tahun yang berpakaian lokap dan bergari tiba di pekarangan mahkamah dengan kenderaan polis pada pukul 8.30 pagi.
Semalam, media melaporkan seorang lelaki ditahan kerana disyaki menikam mati isterinya, 31 tahun dengan sebilah pisau dalam kejadian pada kira-kira 6 pagi.
Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi berkata mayat wanita itu ditemukan di bilik tidur kediaman berkenaan dalam keadaan berlumuran darah dan ditutupi dengan selimut tebal, selepas suspek tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, pada kira-kira pukul 10 pagi.
Mangsa, seorang jururawat dipercayai ditikam pada bahagian dada kiri dan tikaman sedalam kira-kira dua sentimeter dikesan pada tubuhnya.
Ahmad Mohsin berkata suspek dipercayai bergaduh dengan isterinya akibat cemburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
BAYI LELAKI LIMA BULAN MENINGGAL DUNIA DI BAWAH JAGAAN PENGASUH
ISKANDAR PUTERI 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan polis mengenai kejadian seorang bayi lelaki berusia lima bulan disahkan...
POLIS JOHOR TERIMA LAPORAN KES GADUH DI LALUAN MASUK BSI
JOHOR BAHRU 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan antara dua lelaki, seperti yang tular dalam...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RAIKAN SAUDARA BAHARU
AYER KEROH 10 April - Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mualaf Negeri Melaka dijadualkan pada 19 April depan bakal menghimpunkan...
EJEN HARTANAH MENINGGAL DUNIA DALAM SUV
AYER KEROH 10 April - Seorang ejen hartanah ditemukan meninggal dunia dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 miliknya...
KES BULI MRSM: POLIS SELESAI REKOD KETERANGAN TUJUH PELAJAR
NIBONG TEBAL 10 April - Polis merekodkan keterangan dua lagi pelajar sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, bagi...
DUA MAUT, SEORANG PARAH DALAM KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI KUCHING
KUCHING 10 April - Dua lelaki maut manakala seorang remaja perempuan parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Tun...