
Lambaian Masjid Putih
Oleh: Muhammad Rasul Azli Samad
MASJID TANAH 28 September – Selain berwarna putih, seni binanya yang bercirikan Timur Tengah, menjadikan Masjid Al Sultan Abdullah juga popular dengan panggilan masjid putih, sebagai antara destinasi pilihan buat pengunjung singgah ke Masjid Tanah.
Landskap disusun menarik menjadikan persekitaran masjid itu bertambah damai dan tenang sesuai sebagai fungsinya sebagai tempat ibadat selain persinggahan buat musafir berhenti untuk meredakan kepenatan.
Masjid berkenaan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan dimasyhurkan sebagai Masjid Al-Sultan Abdullah sempena nama Seri Paduka Baginda pada 17 Mei 2019.

Masjid bernilai RM6.5 juta itu mula dibina pada 2015 dan siap sepenuhnya pada September 2017.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SIJIL ‘MC’ HILANG KEJADIAN TAHUN LEPAS
AYER KEROH 2 April - Rakaman video tular mendakwa berlaku kehilangan sijil cuti sakit di sebuah klinik kesihatan di Sungai...
AL-QURAN JADI PENDAMPING MUALAF
BANDARAYA MELAKA - Perjalanan menjadi seorang mualaf pasti penuh dengan cabaran, namun itu tidak menghalang mereka menghabiskan bacaan 30 juzuk...
PENGGIAT SENI BUDAYA MELAKA TIDAK DILUPAKAN
AYER KEROH 2 April - Institut Warisan Melaka (INSWA) menerusi Kelab Kebajikan dan Sosial telah menyantuni seramai 16 bekas penggiat...
KAMPUNG DIGITAL ‘PANGKALAN DATA’ SEJAHTERAKAN RAKYAT MELAKA
DUYONG 2 April - Inisiatif Kampung Digital yang dicetuskan Kerajaan Negeri Melaka di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
‘KEREPEK PISANG NURUL’ PENYAMBUNG LEGASI KELUARGA
SUNGAI UDANG 2 April - Siapa sangka kerepek pisang yang pada awalnya diusahakan secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan kini menjadi...
10 SEKOLAH LUAR BANDAR MELAKA BAKAL DAPAT MANFAAT ‘SMART CLASSROOM’
REMBIA 2 April - Kerajaan Negeri menyasarkan sebanyak 10 buah sekolah lagi di negeri ini akan mendapat manfaat menerusi projek...