
Jangan panik, bekalan gula di Melaka cukup
AYER KEROH 24 September – Peruncit atau peniaga diingatkan supaya tidak menyorok gula kerana tindakan tegas boleh dikenakan terhadap mereka.
Pengarahnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri, Norena Jaafar berkata, tindakan peruncit atau peniaga itu juga boleh menimbulkan spekulasi negatif kepada pengguna sedangkan bekalan gula di negeri ini mencukupi.
“Bekalan gula di Melaka terkawal, setakat ini memang tiada ura-ura mengatakan bekalan tiada, jangan cepat buat andaian atau cuba naikkan harga gula.
“Jadi kita mohon pengguna agar jangan membuat pembelian panik, jangan risau bekalan gula masih cukup.
“Kita sentiasa pantau bekalan ini dalam masa 24 jam, setakat ini kita tidak menerima apa-apa aduan,” katanya kepada Melaka Hari Ini di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Norena meminta supaya orang ramai memaklumkan secara peribadi atau membuat aduan kepada KPDN jika tiada bekalan gula.
“Sekiranya betul bekalan gula tiada maklum secara ‘personal’ atau adukan kepada KPDN, saya akan pastikan kawasan itu ada bekalan gula.
“Kadang-kadang orang suka ‘provoke’, sebab itu nasihat saya pembekal atau peruncit jangan sorok gula, kalau ada jual sahaja,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...


