Waspada cuaca buruk hingga November
AYER KEROH 23 September – Negara mula memasuki Fasa Peralihan Monsun yang menyaksikan arah tiupan angin akan sentiasa berubah dan keadaan atmosfera adalah tidak stabil.
Pengarah Pejabat Meteorologi Melaka, Muhammad Hafiz Kasim berkata, fasa peralihan itu bermula pada 19 September dan dijangka berterusan hingga November depan.
Jelas beliau, permulaan fasa baharu itu juga menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang bermula sejak 15 Mei lalu.
“Semasa fasa peralihan monsun ini, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa singkat.
“Kejadian ini berlaku pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Muhammad Hafiz berkata, keadaan cuaca itu berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.
“Justeru orang ramai dinasihatkan berwaspada dan sentiasa peka dengan ramalan serta amaran cuaca dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi Jabatan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
50 TAHUN RESTORAN HABEEB SULTAN, TERUS PIKAT HATI PELANGGAN
BUKIT BARU 12 Disember - Menginjak 50 tahun usia penubuhannya, Restoran Habeeb Sultan terus menjadi pilihan ramai dengan aneka juadah...
SKSPS BERI BANYAK FAEDAH KEPADA PENCARUM
MERLIMAU 12 Disember - Dianggarkan cuma 15,000 individu di seluruh Negeri Melaka yang bekerja sendiri tampil mencarum menerusi Skim Keselamatan...
MAYAT LELAKI DALAM BAGASI DISYAKI WARGA ASING – POLIS
KUALA LUMPUR 11 Disember - Mayat lelaki yang ditemukan dalam sebuah bagasi di Cheras Perdana, Bandar Tun Hussein Onn, Kajang...
CABARAN JORAN MELAKA TAWAR HADIAH RM30K
AYER KEROH 11 Disember - Kaki pancing dipelawa untuk menyertai Cabaran Joran Melaka yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah...
ROTI CANAI, TEH TARIK 50 SEN DI RESTORAN HABEEB SULTAN
BUKIT BARU 11 Disember - Cuma belanja RM1, pelanggan berkunjung ke Restoran Habeeb Sultan, Bukit Baru boleh menikmati teh tarik...
51 LAPORAN PENIPUAN FOREX LIBATKAN KERUGIAN LEBIH RM12 JUTA
KUALA LUMPUR 11 Disember - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menerima 51 laporan polis berhubung skim penipuan pelaburan...