Sorting by

×

Arca ‘Taman Botanikal’ rosak akibat dihempap dahan pokok

Masa Membaca:52 Saat

AYER KEROH 20 September – Kerosakan pada arca 3D ‘Taman Botanikal’ yang tular di media sosial hingga menarik perhatian warganet, disahkan berpunca akibat dihempap dahan pokok yang patah.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datin Sapiah Haron berkata, kejadian berlaku ketika hujan lebat dan ribut melanda kawasan rekreasi berkenaan, Isnin lalu.

Katanya, susulan itu kerja membaiki struktur yang mengalami kerosakan sedang dijalankan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Melaka dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh sebulan.

“Terdahulu kami di pihak MPHTJ melakukan kerja-kerja pembersihan dahan dan ranting pokok agar tidak mengganggu orang ramai yang datang untuk melakukan aktiviti riadah.

“Manakala kerja-kerja membaik pulih menelan kos kira-kira RM20,000 menggunakan peruntukan daripada jabatan perhutanan. Struktur berkenaan siap dibina pada tahun 2020,” katanya kepada Melaka Hari Ini, ketika dihubungi.

Sapiah berkata, orang ramai tidak perlu bimbang dan dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi negatif berhubung kejadian itu.

“Struktur itu rosak akibat dihempap dahan pokok yang patah, bukan angkara perbuatan vandalisme atau sebab-sebab lain,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1097
Kongsi :
Previous post Pemandu, dua penumpang maut bas ekspres terbabas
Next post MATTA Fair Melaka 2023 sasar 20,000 pengunjung, nilai jualan RM15 juta
Ubah saiz-+=