
Gas ammonia bocor, dua pekerja kilang sesak nafas
IPOH, 19 Sept – Dua pekerja kilang mengalami sesak nafas akibat kebocoran gas ammonia di sebuah kilang membuat ais di Simpang Pulai di sini hari ini.
Pegawai Pasukan Khas Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Akmar Hisham Basor berkata pihaknya menerima panggilan kejadian pada 5.11 pagi.
“Pegawai serta anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai serta Pasir Putih digegaskan lokasi kejadian.
“Penyelia kilang melaporkan paip saluran gas ammonia mengalami kebocoran dan bau daripada bahan itu dapat dihidu dari jarak kira-kira 30 hingga 90 meter,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata kedua-dua mangsa yang merupakan lelaki berusia 25 tahun dan wanita berusia 33 tahun yang bekerja di kilang bersebelahan, dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 8.40 pagi dan berada dalam keadaan stabil.
Beliau berkata pasukan bomba membuat penelitian dan memasang ‘water curtain’ lalu memasuki kawasan terlibat bagi menutup kebocoran pada bahagian tangki dan operasi terkawal pada 10 pagi.
“Pemantauan berterusan dilakukan bagi memastikan tiada risiko di lokasi berkenaan,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...