Sorting by

×

Satu malam, 12,000 pengunjung santai di Banda Hilir

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

BANDA HILIR 17 September – Pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir pada setiap malam minggu semakin meriah dengan pelbagai aktiviti dan program menarik untuk pengunjung.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata, perkara itu dapat dilihat apabila secara purata 12,000 pengunjung direkodkan pada malam minggu.

Melihat kepada sambutan yang semakin memberangsangkan, beliau berkata, Kerajaan Negeri akan merancang tarikan lebih besar membabitkan inisiatif berkenaan terutama sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

“Saya sempat berjumpa beberapa pengunjung termasuk dari Kedah yang menyuarakan keseronokan datang ke Melaka terutama dengan inisiatif Zon Bebas Kenderaan ini.

“Saya percaya apabila pelancong gembira, negeri dan rakyat Melaka akan menerima limpahan ekonomi daripada inisiatif ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir menyaksikan persembahan ‘Night Stunt’ tim akrobatik Red Warrior Army Tentera Darat sempena program Santai@Banda Hilir di Dataran Memorial Pengisytiharan Sejarah, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin; Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Zahari Abd Kalil; serta Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman.

IMG_20230917_014906_187
Pengunjung yang hadir sempena persembahan ‘Night Stunt’ tim akrobatik Red Warrior Army Tentera Darat sempena program Santai@Banda Hilir di Dataran Memorial Pengisytiharan Sejarah, Banda Hilir. Foto Iqmal Haqim Rosman

Mengulas lanjut, Rais berkata, bagi menjayakan TMM2024, semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini akan bekerjasama rapat dengan Bahagian Promosi Pelancongan (BPP).

Jelasnya, ia bagi memastikan segala maklumat dapat dimaklumkan lebih awal bagi membolehkan pengunjung dan pelancong merancang perjalanan mereka ke Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1196
Kongsi :
Previous post Sukarelawan TMM2024 tidak kira usia
Next post ‘Ada pengunjung minta tambah hari Zon Bebas Kenderaan’
Ubah saiz-+=