Sorting by

×

Komuniti Madani JaPeN promosi TMM2024

Masa Membaca:44 Saat

AYER MOLEK 10 September – Jabatan Penerangan (JaPeN) Negeri Melaka bersama rakan strategik termasuk Komuniti Madani sedia untuk bersama-sama mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Pengarah JaPeN Melaka, Shahrom Ravin Daram Abdullah berkata, setakat ini terdapat 84 Komuniti Madani di negeri ini yang boleh digerakkan untuk membantu promosi TMM2024.

“Komuniti Madani boleh menjadi duta untuk mempromosikan TMM2024. Kami juga bersedia menjalankan gerak kerja ini bersama Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka menggunakan pelbagai platform termasuk media sosial.

“Kami akan bersama membantu menyebarkan apa yang dilaksanakan BPP dan usaha yang dijalankan Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman merasmikan Program Semarak Gemilang Daerah Melaka Tengah bersama Komuniti Jawa Melaka di Bangunan Pusat Komuniti Persatuan Warisan Anak Jawa (PERWAJA), Paya Dalam, di sini, semalam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1846
Kongsi :
Previous post Tercekik anggur, kanak-kanak dua tahun meninggal dunia 10 hari selepas dirawat
Next post 30 bot berhias semarak merdeka di perairan Jasin
Ubah saiz-+=