Kebakaran enam motosikal tiada unsur jenayah

Masa Membaca:46 Saat

ALOR GAJAH 4 September – Hasil siasatan dijalankan polis mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah dalam kebakaran enam motosikal di kawasan parkir rumah pangsa Taman Bidara Permai, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira jam 2.35 petang daripada orang awam yang mengatakan terdapat beberapa buah motosikal terbakar.

“Berdasarkan siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kebakaran berpunca dari sebuah motosikal yang mengalami kerosakan pada sistem pendawaian.

“Api kemudian merebak ke beberapa motosikal lain yang diparkir bersebelahan. Sementara itu keterangan saksi pula mengatakan dia melihat kepulan asap dari sebuah dari enam motosikal berkenaan,” katanya.

Arshad berkata, pihaknya turut meneliti rakaman litar tertutup (CCTV) berhampiran dan tidak mengesan kehadiran mana-mana individu mencurigakan sebelum kebakaran berlaku.

“Setakat ini tidak ada sebarang unsur jenayah, jumlah kerugian dialami pemilik motosikal terbabit masih dalam siasatan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4751
Kongsi :
Previous post Misteri kebakaran enam motosikal
Next post Sketsa ‘Pohon Lima’ bawa tuah SMK Ghafar Baba
Ubah saiz-+=