
JKM kesan waris bayi perempuan
AYER KEROH 4 Sept – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesan waris kepada seorang bayi perempuan yang ditemui ditinggalkan di dalam tong sampah berhampiran Flat Langkawi, Pantai Emas, Klebang, bulan lalu.
JKM dalam kenyataan memaklumkan, ketika ditemui orang awam bayi terbabit baharu dilahirkan dan masih bertali pusat.
“Bayi malang itu ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri dan sekiranya tiada waris yang tampil JKM akan mendapatkan perintah mahkamah.
“Ini bagi membolehkan bayi itu ditempatkan di institut JKM atau diserahkan kepada individu yang layak dan sesuai,” katanya.
JKM turut memaklumkan, bayi itu diselamatkan seperti peruntukan Seksyen 17(1)(e)(iii) Akta Kanak-kanak 2001 dan kini sedang menjalani pemeriksaan serta rawatan di Hospital Melaka.
“Justeru kita meminta waris untuk tampil atau menghubungi Pegawai JKM Daerah Melaka Tengah iaitu Siti Aishah Mohd Noor di talian 06-3333_333.
Media sebelum ini melaporkan, seorang bayi masih bertali pusat dan uri ditemui seorang pesara dalam keadaan berbalut tuala kira-kira jam 10.30 malam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...