
Ketua Menteri rai sembilan bayi merdeka
BANDARAYA MELAKA 31 Ogos – Sembilan bayi dilahirkan pada Hari Kebangsaan di Hospital Melaka, setakat jam 9 pagi tadi.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, turut meluangkan masa untuk melawat sembilan ‘anak merdeka’ itu di Hospital Melaka.
Ab Rauf berkata, anak merdeka itu membabitkan tiga lelaki dan enam perempuan dengan bayi paling awal dilahirkan adalah pada jam 12.57 tengah malam.
“Ini (Kunjungannya) adalah keprihatinan Kerajaan Negeri dalam meraikan sambutan merdeka, sekali gus meraikan ibu-ibu yang melahirkan keturunan pada hari bermakna. Bayi ini akan menjadi pewaris kepada bangsa dan negara suatu hari nanti.
“Kita berikan sedikit hamper dan wang saguhati sebagai tanda meraikan, menghargai ibu serta bayi yang dilahirkan pada hari ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Bayi Merdeka Hospital Melaka, di sini, hari ini.
Hadir sama, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem serta Timbalannya, Siti Faizah Abd Azis selain Timbalan Pengarah (Perubatan) Kesihatan Negeri, Dr. Sahrum Muzakir @ Lokman Arshad.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...