Sorting by

×

Melaka giat ternak ‘kerang padu’, ‘kupang manis’

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

AYER KEROH 26 Ogos – Kerajaan Negeri telah memperuntuk RM990,000 bagi pembangunan Projek Kebun Kerang dan sistem panggar kupang di Melaka sejak tahun lalu.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, sebanyak 18 lot kebun kerang telah dibangunkan di sekitar perairan negeri ini.

Katanya, projek dikelolakan Jabatan Perikanan itu membabitkan seramai 113 nelayan setempat di sekitar daerah Jasin.

“Sebanyak RM990,000 diperuntukan oleh Kerajaan Negeri bermula dengan kajian dan penyelidikan pada tahun lalu untuk Projek Kebun Kerang ini dan diteruskan sehingga kini bagi pembangunan projek terbabit.

“Kita sedang giat jalankan projek ternakan kerang di Melaka bagi menjadikan negeri ini sebagai antara pengeluar kerang terbesar di Malaysia suatu hari nanti.

“Selain kebun kerang, kita juga laksanakan penternakan kupang melalui sistem panggar di mana kita mahu orang luar tahu kerang dan kupang Melaka manis rasanya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Karnival Usahawan myAP dan myKP Zon Selatan Tahun 2023 di sebuah pasar raya, di sini, hari ini.

IMG_20230826_205235_489
KERANG dan kupang yang diternak di perairan Melaka. Foto: MR. AZLI

Dalam pada itu, Dr. Muhamad Akmal berkata, Melaka antara negeri di Malaysia yang mempunyai sistem panggar bagi penternakan kupang.

Jelasnya, sebanyak 61 unit panggar kupang terdiri daripada 25 pengusaha dijalankan d negeri ini.

“Pengeluaran kupang boleh mencecah sebanyak 183 tan metrik dengan tempoh masa penternakan diambil lapan hingga 10 bulan.

“Kita mahu orang luar kenal Melaka selepas ini dengan ‘Kupang Manis Melaka’ dan ‘Kerang Padu Melaka’.

“Kupang manis dan kerang padu ini diternak di perairan Sebatu, Merlimau, Umbai dan Pernu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4953
Kongsi :
Previous post Misi lahirkan lebih ramai usahawan perikanan
Next post Melaka buka taman pengeluaran makanan Machap tidak lama lagi
Ubah saiz-+=