Sorting by

×

Bayi masih hidup ditemui dalam tong sampah

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

KLEBANG 25 Ogos – Kejam! Itu perkataan paling tempat menggambarkan tindakan individu yang tergamak membuang bayi perempuan masih hidup di dalam sebuah tong sampah di hadapan sebuah flat di Taman Pantai Emas, Klebang Besar, di sini, kelmarin.

Bayi masih bertali pusat itu ditemui seorang lelaki berusia 50 tahun di dalam sebuah beg plastik berwarna putih di dalam tong sampah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 10.39 malam pada Rabu oleh pengadu yang datang sendiri membawa bayi malang itu ke Balai Polis Batang Tiga.

Katanya, pengadu memaklumkan bayi itu ditemui selepas anaknya berusia 18 tahun terdengar suara tangisan mencurigakan berhampiran tong sampah.

Menurut pengadu, mereka kemudiannya menemui beg plastik putih di dalam tong sampah dan mengesyakinya terdapat bayi baru lahir sebelum membawanya ke balai polis.

“Anggota kemudiannya telah menghubungi MERS 999 untuk mendapatkan bantuan petugas kesihatan yang tiba pada jam 11.10 malam.

“Selepas selesai urusan memotong tali pusat berserta uri, pihak petugas telah membawa bayi berkenaan ke Hospital Melaka.

“Bayi berkenaan tidak mengalami kecederaan dan kini stabil di bawah penjagaan wad nursery penjagaan rapi hospital,” katanya.

Christopher berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes untuk menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2013
Kongsi :
Previous post Ajak belia ceburi bidang akuakultur
Next post Tun Mohd Ali figura berjiwa rakyat
Ubah saiz-+=