Melaka laksana 180 inisiatif, 62 peratus telah dicapai – KM

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

SERI NEGERI 24 Ogos – Sebanyak 180 inisiatif telah dirangka dan dilaksana Kerajaan Negeri Melaka bagi memakmur negeri dan mensejahterakan rakyat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 111 inisiatif atau 62 peratus telah berjaya dicapai, manakala 69 lagi masih dalam tindakan.

“Kesemua inisiatif ini tidak lain tidak bukan adalah untuk meningkatkan kualiti dan prestasi pencapaian dalam usaha mengangkat martabat serta memakmurkan Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Ucapan Taat Setia Ketua Menteri Melaka pada sesi pertama Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sempena Sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri ke-74 Tahun 2023, di di Balai Istiadat Seri Negeri, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ab Rauf berkata, di bawah pentadbiran beliau, terdapat lapan fokus utama Kerajaan Negeri.

Katanya, fokus pertama ialah Memperkasa Inisiatif di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri yang mempunyai 12 pelaksanaan.

Selain itu, kata beliau, fokus kedua ialah Membangunkan Melaka sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan diikuti fokus ketiga Memperkasa Sektor Pelancongan Melalui Penganjuran Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024)

“Fokus keempat ialah Menjadikan Melaka Sebagai Negeri Mesra Pelabur dan kelima, Menyediakan Perkhidmatan Pengangkutan Awam yang Cekap dan Berkesan

“Selain itu, fokus keenam adalah Menyegerakan Pendigitalan 4G dan 5G manakala fokus ketujuh: Meningkatkan Prestasi Anak Syarikat Kerajaan Negeri dan fokus terakhir adalah Membudayakan Seni, Warisan dan Budaya Negeri Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

943
Kongsi :
Previous post Ab Rauf dahului penerima Darjah Kebesaran Melaka
Next post Melaka jadi Pusat Kecemerlangan TVET – KM
Ubah saiz-+=