Lelaki dipercayai hilang dalam banjir kilat
SEREMBAN, 4 Nov (Bernama) — Seorang lelaki dilaporkan hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir kilat di Jalan Rasah, Taman Happy di sini, awal pagi ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban Mohamad Idris berkata dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, seramai 30 anggota bomba dan pegawai bersama empat jentera telah dikerah ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa yang terjejas.
“Seramai 20 mangsa telah diselamatkan bagaimanapun lelaki berkenaan dihanyutkan arus deras dan kami akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat mangsa hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurut Mohamad, hujan lebat sekitar 1 pagi itu telah menyebabkan sungai berhampiran melimpahkan air ke kawasan rumah penduduk.
“Banjir sudah reda dan surut sepenuhnya kira-kira 6 pagi tadi, namun kami sentiasa bersedia berikutan musim hujan di sini,” katanya.
— BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
MAIM PRIHATIN PERKEMBANGAN ANAK-ANAK KAYFAZ
AYER KEROH 26 Disember - Meskipun sedang bercuti, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tetapi mengikuti perkembangan anak-anak Kompleks Anak Yatim...
PENGHANTAR BARANG, JURUANALISIS DIDAKWA JADI ‘KELDAI AKAUN’ DENGAN SERAH KAD ATM
BALIK PULAU 26 Disember - Seorang penghantar barang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua...
PROGRAM TARIF ELEKTRIK HIJAU DITERUSKAN BAGI 2025 DENGAN KADAR PREMIUM SAMA
PUTRAJAYA 26 Disember - Program Tarif Elektrik Hijau (GET) akan diteruskan pada 2025 dengan penawaran kuota sekurang-kurangnya 6,600 GigaWatt jam...
DUA PELAJAR UTEM MAUT, DUA CEDERA PULANG KE KAMPUS
JASIN 26 Disember - Dua pelajar perempuan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki...
DUA BERANAK MAUT, EMPAT CEDERA DALAM KEMALANGAN DI WCE
IPOH 26 Disember - Dua beranak maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 212.3...
SAMB REKOD PENINGKATAN PENDAPATAN RM309 JUTA BAGI TAHUN 2024
BANDA HILIR 26 Disember - Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) berjaya merekodkan peningkatan pendapatan sebanyak RM309 juta bagi tahun 2024....