
Hembus nafas terakhir selepas 4 hari bertarung nyawa
ALOR GAJAH 23 Ogos – Selepas empat hari bertarung nyawa, seorang operator kilang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka selepas terbabit kemalangan di Jalan Ayer Paabas, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, pihaknya menerima laporan kematian mangsa Muhammad Hafizee Md Daut, 31, kira-kira jam 8.50 pagi tadi daripada pondok polis hospital.
Beliau berkata, pada hari kejadian pihaknya menerima panggilan daripada waris mengatakan mangsa terbabit kemalangan.
“Siasatan awal dilakukan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR dalam perjalanan dari arah Alor Gajah menghala ke Masjid Tanah.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang tiba di lokasi kejadian melanggar binatang lalu terbabas ke kiri jalan,” katanya.
Beliau berkata, akibat kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala, kaki dan bahu sebelum dirawat di Zon Merah Hospital Alor Gajah.
“Mangsa dipindahkan ke Hospital Melaka namun disahkan meninggal dunia pagi tadi ketika menerima rawatan.
“Motosikal mangsa kini ditahan untuk dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk tindakan lanjut selain kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1981,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...