
Batu Berendam rekod 1 kes positif COVID-19
AYER KEROH 3 Nov. – Satu kes positif COVID-19 baharu direkodkan di Mukim Batu Berendam, Melaka Tengah, hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, kes itu membabitkan kontak rapat kepada kes semalam.
“Individu ini adalah pekerja industri yang juga rakan kerja kepada kes yang disahkan positif semalam.
“Setakat hari ini seramai tujuh kontak rapat kepada kes dilaporkan sudah menjalani ujian calitan,” katanya.
Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) melaporkan, Melaka merekodkan lapan zon kuning berbanding hanya tujuh semalam.
Batu Berendam kembali ke zon kuning hari ini selepas merekodkan satu kes positif baharu.
Tujuh lagi zon kuning adalah di Ayer Molek, Paya Rumput, Klebang Kecil, Tanjung Minyak, Telok Mas, Chohong dan Machap.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...