
Pecah tanah pasar tani kekal Sungai Rambai bulan depan
SUNGAI RAMBAI 23 Ogos – Majlis pecah tanah tapak pasar tani kekal bersebelahan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Rambai arah selatan akan diadakan pada September.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai, Siti Faizah Abd Azis berkata, projek itu akan dilaksanakan segera bagi memberi kemudahan kepada penduduk sekitar.
“Kita akan aturkan untuk pecah tanah dulu dan saya rasa satu bulan akan selesai sebelum dijadikan pasar tani kekal.
“Sementara fasiliti untuk pasar tani kekal ini siap siap sepenuhnya, peniaga dan usahawan akan ditempatkan sementara berdekatan lokasi itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Latih Amal Dan Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara 2023 Negeri Melaka yang disempurnakan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai, di sini, hari ini.
Menurut beliau, kemudahan itu dijangka akan menempatkan 40 peniaga dan usahawan selain membuka peluang kepada pengusaha perusahaan kecil sederhana (PKS) memasarkan produk keluaran mereka.
“Lokasi sama juga akan menjadi menjadi tempat pengumpulan hasil pertanian sementara, sebelum diedarkan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KPDN MELAKA KESAN 7 KESALAHAN TIDAK PAMER TANDA HARGA ‘PINK’
PENGKALAN BATU 10 April - Sebanyak tujuh kes membabitkan kesalahan tidak menggunakan penanda harga merah jambu dikesan sepanjang Skim Harga...
11 AGENSI AGAMA MELAKA BERGABUNG JAYAKAN SAMBUTAN HARI RAYA 24 APRIL INI
AYER KEROH 9 April - Kira-kira 3,000 pengunjung dijangka memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Agensi Agama Islam Negeri Melaka...
MELAKA-GUANGXI JALIN KERJASAMA PELANCONGAN, PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INDUSTRI
BANDARAYA MELAKA 9 April - Kerjasama dalam pelancongan, pendidikan dan pembangunan industri akan diberi tumpuan dalam memperkukuh kerjasama di antara...
MELAKA BERHASRAT JADI TAPAK PELANCARAN INISIATIF AI GUANGXI-MALAYSIA
BANDARAYA MELAKA 9 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berhasrat menjadikan negeri ini sebagai lokasi pelancaran...
PELANCONG CHINA KE MELAKA MENINGKAT TIGA KALI GANDA
BANDARAYA MELAKA 9 April - Melaka mencatatkan peningkatan luar biasa kedatangan pelancong antarabangsa dari China sempena Tahun Melawat Melaka 2024...
5 ANAK MELAKA TERIMA BIASISWA SAMBUNG PENGAJIAN DI CHINA
BANDARAYA MELAKA 9 April - Seramai lima anak Melaka terpilih menerima biasiswa penuh daripada Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, China bagi...