Sorting by

×

JKM Melaka bersedia hadapi banjir

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

SUNGAI RAMBAI 22 Ogos – Sebanyak 370 pusat pemindahan sementara (PPS) sedia dibuka dan beroperasi pada bila-bila jika berlaku bencana banjir di negeri ini.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin berkata, PPS kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu mampu menampung seramai 86,792 mangsa bencana dalam satu-satu masa.

Katanya, sebagai persediaan menghadapi banjir JKM turut melaksanakan Program Latih Amal Dan Simulasi, bertujuan meningkatkan dan menguji kesiapsiagaan serta koordinasi antara agensi terbabit.

“Mengikut kebiasaan kerap berlaku banjir antara Oktober hingga Mac, jadi menerusi Program Latih Amal Dan Simulasi kali ini kerjasama daripada seluruh agensi dapat ditingkatkan lagi.

“Bagi memastikan kelancaran pengurusan bencana JKM juga disokong 3,408 sukarelawan yang sentiasa bersiap sedia untuk digerakkan pada bila-bila masa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Latih Amal Dan Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara 2023 Negeri Melaka, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai, di sini, hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai Siti Faizah Abd Azis, Pengarah JKM Melaka Zulkifli Hanafiah dan timbalannya Ismail Barom.

Kalsom berkata, secara keseluruhan terdapat 91 PPS di daerah Jasin dengan SMK Sungai Rambai antara yang aktif kerana terletak di kawasan ‘hotspot’ banjir.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1748
Kongsi :
Previous post TMM2024: Sawah padi Sungai Rambai bakal gamit pelancong
Next post Program R&D pertahanan pupuk minat pelajar dalam inovasi
Ubah saiz-+=