Sorting by

×

Memori negara merdeka

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

Oleh: Iqmal Haqim Rosman

BANDA HILIR 22 Ogos – Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir bukan sekadar lokasi pelancongan biasa, sebaliknya ia menyimpan 1,001 memori untuk rakyat Malaysia.

Mana tidaknya, bangunan yang dibuka secara rasmi pada tanggal 31 Ogos 1985 itu mengandungi pelbagai detik bersejarah untuk memperingati detik-detik negara mengecap kemerdekaan.

Bangunan tersebut telah dirasmikan sendiri Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

4
ANTARA pameran yang disediakan. Foto Iqmal Haqim Rosman

Terletak di atas tapak seluas 4,333 meter persegi, bangunan bersejarah itu dibangunkan sendiri oleh Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.

Kewujudan memorial itu adalah bertujuan mengenang kembali lembaran perjuangan ke arah mencapai kemerdekaan, termasuklah detik paling bersejarah di Padang Pahlawan, Banda Hilir yang mana tarikh kemerdekaan Tanah Melaya telah diumumkan pada tanggal 20 Februari 1956.

2
PENGUNJUNG bergambar bersama replika kereta yang menjadi antara detik laungan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman. Foto Iqmal Haqim Rosman

Di dalam bangunan dua tingkat itu terdapat pelbagai bahan berkaitan sejarah dipamerkan meliputi zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah ke detik tercapainya kemerdekaan.

Antara yang dipamerkan ialah seperti dokumen sejarah, gambar, peta, keratan akhbar dan lain-lain hasil sumbangan orang ramai dan barang-barang kepunyaan Tunku Abdul Rahman.

6
SI cilik menunjukkan tabik hormat pada pameran detik laungan kemerdekaan Tanah Melayu. Foto Iqmal Haqim Rosman

Selain itu, pengunjung juga turut dibawa mengimbau kembali detik-detik darurat hinggalah laungan kemerdekaan menerusi tayangan filem yang disediakan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2832
Kongsi :
Previous post Suasana baharu Banda Hilir
Next post Kejuruteraan ekologi kawal serangga perosak
Ubah saiz-+=