Sorting by

×

Suasana baharu Banda Hilir

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

BANDA HILIR 22 Ogos – Pelaksanaan peringkat percubaan ‘car free zone’ atau zon bebas kenderaan Sabtu lalu, mewujudkan suasana percutian baharu sekitar lokasi tumpuan pelancongan di Banda Hilir.

Suasana sekitar destinasi tarikan pelancong meriah dengan kehadiran orang ramai ‘bebas’ berjalan terutamanya di Bangunan Stadthuys yang kebiasaannya sibuk dengan aliran trafik.

Peniaga di Medan Samudera, Mohd Azzuwan Melan, 39, menganggap impak inisiatif zon bebas kenderaan itu belum dapat dilihat sepenuhnya kerana baru pertama kali dilaksanakan.

“Kami diberi peluang untuk berniaga di luar premis, meskipun belum ramai memanfaatkannya tetapi bagi saya ia satu cadangan yang bagus.

“Namun saya percaya dengan beberapa penambahbaikan seperti memperbanyakkan lagi jumlah petak parkir, akan memudahkan pengunjung. Sebagai peniaga jika pelaksanaan ini membawa manfaat kami tiada masalah dan boleh diteruskan,” katanya.

WhatsApp Image 2023-08-21 at 18.39.01
PENIAGA, Mohd Azzuwan Melan, melayan pelanggan yang membeli belacan dan gula melaka di gerainya di Medan Samudera.

Sementara itu penyedia perkhidmatan urutan kaki Mariana Khamis, 40, berkata, insiatif dilaksanakan Kerajaan Negeri itu mampu membantu meningkatkan pendapatannya dan rakan penjaja lain.

“Walaupun ini baru permulaan tetapi sedikit sebanyak dapat membantu menjana pendapatan saya,” katanya ketika ditemui di Dataran Quayside.

WhatsApp Image 2023-08-21 at 18.39.00
ZULHELMI

Manakala bagi pelancong Zulhelmi Muhamad, 35, dari Sibu, Sarawak, yang bercuti ke Melaka menyambut baik pelaksanaan inisiatif itu.

“Kedudukan destinasi tumpuan seperti lokasi bersejarah dan pusat beli-belah yang berhampiran mungkin tidak menjadi masalah besar buat pelancong.

“Melaka sebuah negeri yang indah dan menarik meskipun ini lawatan pertama saya namun memberi banyak kenangan istimewa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3646
Kongsi :
Previous post CVR pesawat dihantar ke Singapura untuk analisis rakaman suara
Next post Memori negara merdeka
Ubah saiz-+=