KSM adakan pertemuan dengan pengurusan Malindo Air

Masa Membaca:48 Saat

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Jabatan Tenaga Kerja telah mengambil inisiatif mengadakan perbincangan dengan pengurusan Malindo Air hari ini susulan pemberhentian pekerja syarikat penerbangan itu.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata mesyuarat yang turut melibatkan Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu bagi membincangkan isu berkaitan pematuhan perundangan perburuhan serta langkah-langkah menjaga pekerja yang terlibat.

Beliau berkata pada masa ini, pekerja-pekerja Malindo Air yang diberhentikan kerja serta-merta boleh mendapatkan bantuan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) sehingga enam bulan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) bagi mengurangkan beban mereka.

“Bayaran elaun akan dibuat antara 80 peratus hingga 30 peratus daripada gaji akhir, di bawah had gaji RM4,000,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan P. Kasthuriraani (PH-Batu Kawan) berhubung bantuan yang diberikan kepada pekerja Malindo Air yang diberhentikan kerja serta-merta dan rancangan kementerian untuk memastikan jaminan pekerjaan untuk mereka.

Views:

522
Kongsi :
Previous post Sisa klinikal negara meningkat
Next post Semua acara sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kelantan dibatalkan
Ubah saiz-+=