Sorting by

×

Rasai pengalaman bermalam di muzium, 30 Ogos ini

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

BANDA HILIR 18 Ogos – Sempena Bulan Kebangsaan tahun ini, Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) akan menganjurkan program Bermalam Di Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka pada 30 Ogos ini.

Program tersebut terbuka kepada semua pelajar sekolah di negeri ini dengan bayaran RM30.

Pengerusi Lembaga Pengarah Perzim, Datuk Zaidi Attan berkata, program itu diperkenalkan bagi memberi pengalaman baharu kepada peserta menerusi pendekatan berbeza.

“Antara pengalaman baharu yang kita mahu pelajar rasai adalah mereka dapat menikmati suasana malam di muzium, mendalami budaya dan masyarakat di Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka, Banda Hilir.

“Sebelum ini kita pernah adakan program seumpama ini di Muzium Samudera, tetapi kali ini kita buat di Muzium Istana pula supaya proses pembelajaran lebih menarik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Pelancongan Pelajar Kembara ProBEST@AG di Dewan Perzim di Muzium Rakyat, di sini, semalam.

photo1692268305
(tiga dari kiri) menyampaikan hadiah kepada murid sekolah pada Majlis Perasmian Penutup Program Pelancongan Pelajar Kembara ProBest@AG di Dewan Perzim, Muzium Rakyat, Banda Hilir, Melaka. Foto: MR. AZLI

Hadir sama, Pengurus Besar Perzim, Drs. Mohd Nasruddin Rahman dan Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembangunan Murid JPN Melaka, Jamsari Mariman serta kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Zaidi berkata, usaha tersebut merupakan antara cara menarik kehadiran pengunjung ke muzium sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), selain mencapai sasaran 18.7 juta pelancong.

“Kita di peringkat Perzim akan kaji program yang boleh dilaksanakan di muzium selain mempelbagaikan program yang sedia ada.

“Untuk program ‘Bermalam di Muzium’ setakat ini kita tidak buka kepada orang awam, dan hanya fokus kepada pelajar sekolah sahaja,” jelasnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2327
Kongsi :
Previous post Jelajah Merdeka Tiga Daerah sebar semangat patriotik
Next post Pesawat terhempas: Operasi pencarian di lokasi 95 peratus selesai
Ubah saiz-+=