Semangat kibar Jalur Gemilang masih kurang, tingkatkan kempen

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

BANDARAYA MELAKA 17 Ogos – Semangat budaya mengibarkan Jalur Gemilang dalam menyemarakkan sifat patriotisme sempena Bulan Kemerdekaan dilihat masih kurang di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, budaya itu terutama mengibarkan Jalur Gemilang pada kenderaan dilihat kurang mendapat sambutan.

“Saya lihat ada kesan di situ apabila tidak banyak kenderaan-kenderaan yang mengibarkan Jalur Gemilang ini. Semangat Patriotisme ini perlu ada dalam kalangan rakyat Melaka.

“Jadi dalam sehari dua ini kita minta Jabatan Penerangan (Japen) negeri untuk turun padang bersama-sama mengedarkan Jalur Gemilang ini agar kempen kibaran bendera mesti berlaku di Melaka untuk mendekati Bulan Kemerdekaan tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menjadi tetamu pada konti Program Bicara Ketua Menteri @ Konti Melaka FM di Pejabat Radio Televisyen Malaysa (RTM) Melaka, di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, Kerajaan Negeri merangka lebih banyak program berkaitan Bulan Kemerdekaan akan dianjurkan pada bulan sebagai sambutan meraikan Hari Merdeka pada 31 Ogos depan.

Jelasnya, program mempromosikan kibaran Jalur Gemilang akan terus diperkasakan ke seluruh daerah di Melaka.

“Kita akan bergerak dari daerah ke daerah untuk mempromosikan sambutan kemerdekaan ini di Melaka.

“Malah, pelbagai program lain akan dianjurkan dalam kalendar Bulan Kebangsaan tahun ini seperti Majlis Bacaan Yassin, sambutan bayi Merdeka, perarakan kemerdekaan, Program Hi-Tea anak Melaka serta pelbagai lagi direncana pada bulan ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1521
Kongsi :
Previous post 688 kes denggi direkodkan pada ME 32
Next post Klinik Kesihatan Bukit Rambai akan dinaik taraf
Ubah saiz-+=