SWiPEL halau serangga, selamat untuk keluarga
TELOK MAS 17 Ogos – Menjadi pelopor kepada produk berasaskan serai wangi Bumiputera sejak 17 tahun lalu, pastinya jenama SWiPEL Serai Wangi keluaran AFY haniff menjadi sebutan dan pilihan pengguna mencari produk penghalau serangga.
Ketua Pegawai Eksekutif AFY Haniff Group (M) Sdn. Bhd. Amirul Firdaus Yunus berkata, meskipun semakin banyak saingan daripada pengeluar lain menawarkan pelbagai produk berasaskan serai wangi, namun pihaknya masih ‘gah’ di pasaran kerana kualiti diyakini pengguna.
Katanya, selain menggunakan 100 peratus bahan semulajadi harga produk keluaran AFY haniff dianggap sebagai mampu milik jika dibandingkan dengan jenama lain.
Jelasnya, produk penghalau serangga keluarannya tidak mempunyai campuran racun atau bahan boleh memudaratkan pengguna dan dijamin selamat digunakan.
Menjadi harapannya melalui produk keluaran AFY haniff tahap kesedaran rakyat Malaysia mengenai bahaya penggunaan racun meningkat.
“Selain produk penghalau serangga seperti semburan SWiPEL Serai Wangi, Kiub Anti-Tikus, Kiub Anti-Lipas dan lilin Anti-Lalat, AFY haniff turut menawarkan produk wangian, semburan fabrik iaitu D’menC Air Freshner serta D’menC Fabrik.
“Dalam usaha untuk terus berkembang kami turut mengeluarkan produk penjagaan diri dengan menampilkan ‘plash’ iaitu buih pencuci tangan ‘foaming handwash’ menghasilkan buih.
“Dengan sekali ‘pump’ sahaja buih dihasilkan sama seperti menggunakan empat kali gel pencuci, sekali gus menjimatkan wang,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat AFY Haniff Group di Taman Seri Telok Mas.
Beliau berkata, sudah pasti ada asam garam dalam perniagaan, paling mencabar apabila pihaknya terpaksa ‘bergelut’ dengan pihak mengeluarkan produk tiruan, sekali gus mengelirukan pengguna.
“Jadi pengguna SWiPEL (Serai Wangi Insect Repellent) diminta memeriksa agar produk dibeli tulen keluaran kami. Sebelum ini ramai merungut produk dibeli tidak seperti kebiasaan yang digunakan, rupanya mereka tersalah beli.
“Penting bagi pengguna memastikan produk dibeli adalah keluaran kami, selain berpuas hati dengan kualiti, kami juga mempunyai kelulusan halal selain bebas bersifat ‘natural insect repellent’,” katanya.
Menurut Amirul Firdaus lagi, bagi menjaga kualiti pihaknya kini menampilkan muncung botol lebih lasak dan tahan lama.
Jelasnya, inovasi itu bagi memastikan pengguna berpuas hati selain menggunakan produk AFY haniff dengan gembira.
“Muncung dwi fungsi ini dibuat khas untuk produk kami, selepas ini pengguna tidak lagi berdepan kesukaran ketika menggunakannya bagi kegunaan harian, sama ada dikediaman mahupun premis makanan.
“Ia juga selaras dengan produk isian semula kami yang baru diperkenalkan, semua ini bagi membantu pengguna berjimat,” katanya.
Mengulas lanjut beliau berkata, sehingga kini AFY haniff mengeluarkan 30 produk dan sudah menembusi pasaran luar negara antaranya Thailand, Singapura, Kemboja dan Brunei.
Selain itu bagi pasaran tempatan pula jenama SWiPEL sudah dipasarkan di 2,000 outlet seperti Lotus, Giant, Mydin serta Family Store.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.