
MBMB musnahkan kawasan pembiakan Aedes
AYER KEROH 2 Nov. – Jabatan Kesihatan Persekitaran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes melibatkan 16 kawasan perumahan di negeri ini.
Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata, usaha itu dilaksanakan rentetan peningkatan kes denggi yang ketara sehingga Oktober lalu.
“Kita lakukan kerja-kerja pemusnahan tempat pembiakan denggi selain larvaciding dan semburan kabus (fogging).

“Pencegahan dan kawalan perlu diambil supaya pertambahan kes denggi pada penghujung tahun dapat dibendung,” katanya kepada MHI.
Zainal menasihatkan masyarakat supaya sentiasa memastikan kediaman masing-masing bersih dan bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes.
“Tindakan pencegahan setiap individu dapat membantu mengurangkan populasi Aedes sebagai penyebar virus denggi,” katanya.
Untuk rekod sehingga 24 Oktober (minggu epid ke-43), sebanyak 2,392 kes demam denggi telah didaftarkan di Melaka.
Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 33.78 peratus atau 604 kes berbanding tempoh yang sama pada 2019 iaitu sebanyak 1,788 kes yang didaftarkan.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
