‘Cashless’ mudahkan urusan peniaga, pengguna

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

DUYONG 11 Ogos – Bukan sahaja lebih teratur kerana tidak perlu menyimpan wang tunai berlebihan malah penggunaan sistem pembayaran tanpa tunai (cashless) mampu menarik lebih ramai pelanggan untuk membuat pembelian.

Peniaga Muhammad Aliff Awal Ahmad Zaki,19, berkata jika pelanggan tidak membawa wang tunai mencukupi, mereka hanya perlu mengimbas kod QR yang disediakan untuk membuat pembayaran.

“Sejak dua tahun gunakan kaedah bayaran ‘e-wallet’ ini, saya lihat cara ini lebih mudah untuk pelanggan membeli barang di gerai kita, sebagai peniaga pula kita secara tidak langsung dapat membuat simpanan.

“Pernah ada pelanggan yang tidak bawa wang tunai banyak, tetapi apabila ada kaedah ini mereka tidak risau kerana hanya perlu imbas kod dan buat bayaran,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini di sini, baru-baru ini.

photo_2023-08-08_20-34-30
Muhammad Aliff Awal Ahmad Zaki, 19, pada Program Cashless Melaka Walkabout @ Pasar Malam di Taman Seri Duyong, Melaka. Foto: MR. AZLI

Sementara itu, Reza Muhammad Roslan,25, yang juga peniaga pasar malam bersyukur sistem pembayaran tanpa tunai itu dapat melatih dirinya untuk membuat simpanan sendiri di dalam bank.

“Alhamdulillah, e-wallet dapat mempercepatkan urusan perniagaan saya berbanding bayaran secara tunai, saya sudah guna kaedah ini lebih tujuh tahun dan rata-rata pelanggan menyambut baik usaha ini.

“Peniaga juga tidak perlu mengembalikan wang tunai mereka dengan kaedah ini, jadi urusan jual beli menjadi sangat pantas, selain dapat menabung secara automatik hasil perniagaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

975
Kongsi :
Previous post PRN: Enam negeri jadi tumpuan esok
Next post Penunggang motosikal maut rempuh kereta belok simpang
Ubah saiz-+=