MPAG kibar 2,000 Jalur Gemilang
ALOR GAJAH 10 Ogos – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menzahirkan semangat cintakan negara sempena Hari Kebangsaan Ke-66 dengan mengibarkan sebanyak 2,000 Jalur Gemilang di beberapa lokasi sekitar daerah itu.
Yang Dipertua MPAG, TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, pemasangan Jalur Gemilang itu adalah di kawasan-kawasan tumpuan awam seperti sekitar Bandar Alor Gajah, Masjid Tanah dan Pulau Sebang.
“Kita tiada pertandingan pasang bendera, cuma semasa program Kembara Seri Setia pada 19 Ogos ini MPAG akan edarkan Jalur Gemilang kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan.
“Ini bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan masyarakat selain mengindahkan Negeri Melaka dengan hiasan Jalur Gemilang,” katanya kepada Melaka Hari Ini, di sini, pada Khamis.
Ujarnya, MPAG juga telah mengeluarkan surat kepada semua pemilik premis perniagaan di daerah itu untuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang di bangunan masing-masing.
“Alhamdulillah, ramai dalam kalangan pemilik premis memberikan maklum balas amat baik. Penduduk sekitar daerah ini juga diminta untuk melakukan perkara sama, kibar Jalur Gemilang di kediaman masing-masing, sekali gus menunjukkan kebanggaan kita kepada negara tercinta ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA TAWAR DIRI JADI TUAN RUMAH KEJOHANAN RALI ASIA PASIFIK
ASAHAN 21 Disember - Melaka sedia menjadi tuan rumah Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) pada tahun hadapan bersempena Hari Pelancongan...
MIHF’24: ANGKAT MARTABAT ‘FESYEN SANTUN’
AYER KEROH 21 Disember - Melaka International Halal Festival (MIHF) 2024 menjadi medan buat pereka fesyen melebarkan rekaan busana fesyen...
IKAN APA JUARA DI TASIK AYER KEROH ESOK?
AYER KEROH 21 Disember - Ratusan kaki pancing bakal berkampung di Tasik Ayer Keroh, di sini, bersempena Cabaran Joran Melaka...
BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIM AMAT BERMAKNA
BUKIT KATIL 21 Disember - "Tanpa bantuan persekolahan ini memang sukar dan buntu untuk kami kumpul wang membeli kelengkapan serta...
LEBIH BANYAK NASKHAH AGUNG DIPENTASKAN
AYER KEROH 21 Disember - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka menterjemahkan naskhah karya agung yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan,...
SEKTOR HALAL LONJAK NAMA MELAKA DI PENTAS GLOBAL
AYER KEROH 21 Disember - Melaka mahu untuk terus kukuh di pentas global sebagai sebuah Hab Halal Antarabangsa dengan sasaran...